BLOG INSPIRASI ANDA

MEMUKAU.MENARIK.MEMUASKAN

ASSALAMUALAIKUM....

1st of all..nak la knlkan empunya blog ni, yang lelaki tu NuA suami saya, yang saya ni AieDa isteri si Nua..hehe.. Kami baru je kawin bulan 7 2010. Blog yg dicipta ni ats tujuan untuk part time mcm online shopping jual barang yang cantik2 & yang penting mengikut peredaran zaman but not to over la kann..kalau over kalah artis kang..hehe. EEHHHhhh..terbebel..nak tau lbh lanjut..sila la EXPLORE ye..Bye..=)

KATA-KATA SEMANGAT

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Lawak=Ketawa=Lawak..Kah Kah Kah...

Lawak Kedua (2) :


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum



suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”



Lawak Pertama (1) :



Keesokan hari setelah piala dunia berakhir, zidane yang dikenal sebagai kapten dari pasukan Perancis, merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.

Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan




make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, “Zidane!!!kesini!!!”

Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.
Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil dengan nenek yang sama, katanya “Zidane!!! nak kemana?? ke sini dulu bro..”(Dalam bahasa prancis)

Zidane yang terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah.
Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.

Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, “Zidane!!!”. Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis, “nenek nak apa ha?? dari tadi panggil..”

Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, “ini aku, Bartez. Aku juga menyamar, jangan bising-bising ya..”



Hahahaha......Mengong....

0 comments:

Post a Comment



 
16877_1310073760490_1490000046_30831333_5161128_n 16877_1310072880468_1490000046_30831332_6721728_n 16877_1311074305503_1490000046_30833943_5021505_n 16877_1310051639937_1490000046_30831302_3690687_n