BLOG INSPIRASI ANDA

MEMUKAU.MENARIK.MEMUASKAN

ASSALAMUALAIKUM....

1st of all..nak la knlkan empunya blog ni, yang lelaki tu NuA suami saya, yang saya ni AieDa isteri si Nua..hehe.. Kami baru je kawin bulan 7 2010. Blog yg dicipta ni ats tujuan untuk part time mcm online shopping jual barang yang cantik2 & yang penting mengikut peredaran zaman but not to over la kann..kalau over kalah artis kang..hehe. EEHHHhhh..terbebel..nak tau lbh lanjut..sila la EXPLORE ye..Bye..=)

KATA-KATA SEMANGAT

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Cinta.....



          Cinta itu ada banyak jenis dan bahasanya. Ada cinta buta, cinta-cinta, cinta duit, cinta vip, cinta monyet, cinta tupai, cinta antara benua, cinta sesama jenis dan paling utama cinta kepada-Nya. Yang mana satukah cinta anda?
            Cinta itu bagai kehidupan kedua. Cinta berputik dan membesar di dalam jiwa, menghangatkan seluruh urat saraf dan menggetarkan setiap denyut nadi. Cinta itu ibarat kunci yang membuka setiap kamar hati seorang lelaki. Cinta bukan sesuatu untuk diperdebatkan, diberi alasan dan tawar-menawar. Cinta tidak
pernah meminta, cinta sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam kerana disebalik penderitaan itu tersembunyi sebuah kebahagiaan abadi. Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan dan kebenciaan hanya membawa kepada kemusnahan.        
        

Cinta itu bagaikan cahaya yang menyinari kehidupan. Hidup akan menjadi suram jika insan yang kita cintai tidak turut sama menikmati erti cinta yang sebenar. Rahsia untuk terus dicintai adalah dengan menjadi seorang pencinta, dan rahsia untuk menjadi seorang pencinta adalah dengan menjadi seorang yang tidak mementingkan diri sendiri. Cinta itu anugerah! Berbahagialah jika ada cinta di hati anda. Walaupun tidak berbalas biarkan cinta itu mekar kerana cinta itu tumbuh di hatimu tanpa dipinta dan tidak semua orang berpeluang merasai cinta. Ingatlah! Cinta dan ingin memiliki tidak sama. Cinta sanggup berkorban, ingin memiliki sanggup melukakan.

1 comments:

  1. Anonymous said...
     

    kita ni cinta aper yg...(NUA)

Post a Comment



 
16877_1310073760490_1490000046_30831333_5161128_n 16877_1310072880468_1490000046_30831332_6721728_n 16877_1311074305503_1490000046_30833943_5021505_n 16877_1310051639937_1490000046_30831302_3690687_n