BLOG INSPIRASI ANDA

MEMUKAU.MENARIK.MEMUASKAN

ASSALAMUALAIKUM....

1st of all..nak la knlkan empunya blog ni, yang lelaki tu NuA suami saya, yang saya ni AieDa isteri si Nua..hehe.. Kami baru je kawin bulan 7 2010. Blog yg dicipta ni ats tujuan untuk part time mcm online shopping jual barang yang cantik2 & yang penting mengikut peredaran zaman but not to over la kann..kalau over kalah artis kang..hehe. EEHHHhhh..terbebel..nak tau lbh lanjut..sila la EXPLORE ye..Bye..=)

KATA-KATA SEMANGAT

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Cinta Anuar Dan Aieda

Di malam hari yang hening, satu pasangan kekasih yang hubungannya agak suam2 kuku. Mereka bergaduh antara satu sama lain..Tetiba, tuttt line telefon terputus bergitu saja. Aida menekan button handphone seperti ini *122# (only for maxis ok..)..."DAME!!! Kredit pulak habis tinggal 20sen je..Drama sedang hot time tu lah nak habis kredit ni" , ngomelnya
sendirian. " Dengan siapa la aku boleh minta tolong tuk belikan topup ye..", tiba-tiba muncul difikiran, "ANUAR...mintak tolong die malam-malam gini nak ke die layan??" dalam hati berkata,
'belum cuba belum tahu aida..'. Ketika itu tanganku sudah mula mencari number handphone anuar dan terus dial. "Assalamualaikum...hye..tengah buat ape?Dah tidur?" ,  anuar pon menjawap dengan nada agak pelik sebab mesti die terpinga-pinga, tak pernah-pernah minah ni call aq kenapa tiba-tiba ni, "Walaikumsalam..hye, aku belum tidur lagi, ni aku dekat rumah syafitt". Anuar dan Syafitt ini merupakan rakan sepejabat aku. Anuar ni baik, die seorang yang tak berkira dengan kawan-kawan. Aku pun terus teranglah ape hajat aku call die malam-malam buta ni. "Nua, kau boleh tolong aku tak, belikan aku topup RM10, esok aku bayar, boleh tak". Anuar menjawap, " Aida, sorry lah..bukan aku tak nak tolong, tapi aku dekat rumah Syafitt ni, kedai jauh. Bukan tak nak tolong engkau, sorry la ye". Aku pun dengan hampanya menjawab, " Oh..yeke..tak pelah kalau gitu, Gud nite, Bye..." , aku terus matikan talian dan terus tidur tanpa endahkan pergaduhan itu.
       Pada esok harinya, aku dan Nua jumpa di pejabat, dia pun bersuara, "Engkau nape semalam mintak tolong topupkan, ni mesti gaduh dengan BF kan??". Aku balas semula, " Haah dok..tapi lepas aku call kau tu terus je tidur.Lantak lah, aku da malas la dengan dia". Lepastu, kami pun pergi sarapan dekat kebayan KOMTAR, tapi sekarang dah kene roboh sebab nak buat shopping center baru. Masa naik office, kena pulak masuk mesyuarat sebab dengar-dengar diorang nak buat retreat, tapi lama lagi hujung bulan 11. Aku pun masuk mesyuarat dan sambung kerja macam biasa.
       Tiba di rumah aku sambung gaduh semula, dan aku buat keputusan untuk tamatkan hubungan kami. Dia pun agaknya da fedup so kami pun putus..Sedih jugak lah, tapi rasa bebas sangat tau. Malamnya, tiba-tiba handphoneku bunyi tanda ada message baru masuk, tengok screen, OMG!!! Anuar yang message aku, macam tak percaya. Aku pon balas dan kami berSMS sehingga dua-dua terasa nak tidur. Heppy!!!! Sebab die seorang yang sangat baik, carring person, cakapnya lembut aja, lawak, penyabar dan paling best sangat die sporting!!!Aku suka tengok muka die sebab die memiliki mata yang redup, manis aje mukanya, rambut yang sentiasa rapi di sisir, badan yang tegap tapi bukan macam Malik Nor tu OK...Aku selesa sangat dengan dia sejak kami berSMS ni.
          Pada suatu hari dia kata kene outstation ke Kuala Lumpur selama seminggu...hatiku berbisik, 'alamak..tak bestnye kalau die tak ade kat office, macam tak semagat la nak buat kerja, aku pon tak paham kenapa aku boleh merasakan sebegitu..oowwhh tidak...aku terfikir lagi, kalau aku syok kat die pon tah-tah die tak ada perasaan langsung kat aku, malunya...hahaha...'. Macam meroyan pon ada kan. Semasa die pergi outstation kami kerap massage, sampaikan mama aku pun pelik kenapalah anak aku ni bercerita tentang si Anuar je nih, ada apa-apa ke?Mama aku memang kepoh sikit bab-bab BF aku ni, pandai je die teka, yang peliknya betul pulak tu.Biasalah naluri seorang ibu kan, tapi aku masih tak pasti akan hati aku dan hati si dia iaitu Anuar. Aku terasa sangat rindu padanya, kami bergayut setiap malam da macam orang couple tau..Masa seminggu berlalu sudah, aku tak sabar nak berjumpa dengannya di office.Tapi malangnya aku berasa seperti shadow lebih di pipi ini. Malu lah..kenapa tah tak tau...hahaha..
        Di office dia datang dan aku pun macam mengelak untuk berjumpa dengan Nua, tapi besar mana aja lah office tu. Jumpa juga, dan aku terperasan yang die pun malu-malu hendak bercakap dengan aku, dan bila bercakap, lembut aja nadanya. Tak seperti masa kawan-kawan dulu..Kelakar la...Nua...Nua....Comel...Bergetar juga jiwa tengok die time tu, kenapalah perasaan ni kan agaknya..??

Bersambung.....


29 November 2007, Retreat , Hotel M Suites, Johor Bahru...
   Jam 8.00 pagi, kereta kenari yang sudah half modify dengan smartnye bertapak di hadapan rumah aku. Anuar rupanya kerana hendak menjemputku untuk pergi bersama-sama ke retreat itu. Mak aku bertanya, "kenapa tak bawak kereta? Kenapa suruh Nua ambik? Ada apa-apa ke ni??", soalan mama aku macam polis pulak kan...Aq masih merahsiakan hal ini kerana tidak pasti sama ada aku bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya. Harap-harap sangat yang si dia pun ada perasaan macam apa yang aku rasa. Alangkah bahagianya hidup jika aku dapat memiliki lelaki serbagini. Haiyyy Anuarrrr......
  Sesudah sampai di Hotel M Suites, terserempak pula dengan En Zul, dalam hati aku berbisik; 'Fuuhh...selamat En Zul, kalau pemrempuan-perempuan habis la..Dah la mulut masing-masing macam longkang kumbahan.Hahhahaa...', tergumpat pula Sorry lah tapi tu lah kenyataan. Semasa meeting, aku dan anuar duduk berdepan antara satu sama lain, walaupun kami sering menatap, tetapi tangan di bawah meja active bergerak mulis massage kepada si dia. Boleh pikir tak, kenapa kami begini, adakah suka-suka atau sekadar melayan. Tidak..Jauhkan lah.. Di malam hari aku dan Anuar keluar menonton wayang mid night di City Square, JB. Kami memilih "couple sit", berbunga-bunga hati ni tau tak, walaupun pad mulanya macam malu-malu. "Nua, kau tak kesah ke kite duduk couple sit ni? Aku takut ada orang marah". "Tak lah, kau ok tak?Kalau tak ok aku tukar jap la ye..". "Eh...tak payah, aku tak kesah la".Ala Nua, kau cakap je la yang kau memang nak duduk couple sit dengan aku. Kami menonton movie apa tah aku dah tak ingat.
    Andingan ketika bersama di couple sit, sungguh berdebar hati ini tuhan ajalah yang tahu. Cerita itu memang tak best! Tetapi suasana bersama si dia yang mmenjadikan suasana sangat romantik...tidak...bergetar jiwe dokk...Jeng..jeng..jeng, ceritanya bermula, si dia mengambil tangan aku secara perlahan-lahan, YA ALLAH..memang aku tak dapat gambarkan perasaan time tu, then aku pun tak menolak, malah memberi reaksi yang baik. Dia pegang tangan aku seperti menjaga ku dengan sepenuh hati sehingga hujung nyawa aku.
      Pada keesokan harinya, kami punya keakraban semakin dihidu oleh makcik-makcik yang busybody tak tentu pasal, aku cuma pikir, "Well, orang popular macam kami ni memang lah jadi perhatian orang ramai, dah macam artis boleh tak?hahaha..".Perludik saja sama mulut busuk mereka tu. Jeles maybe....Jam 1.00ptg, tamatnya Retreat 2008. Aku pun balik bersama Nua, dan dia menghantar aku seperti mana die telah mengabilku dan menghantarku pulang dengan selamat. Mama, anakmu ini telah di jaga oleh seorang lelaki bernama Mohd Khairul Anuar Bin Ngaji, malah akak makin gembira dan bahagia daripada sewaktu pergi. Teerima Kasih Anuar kerana datang ke dalam hidup aku mencerahkan hidupku ini dan membahagiakan hidupku ini.
      1.12.2008, Kami declare sebagai seorang pasangan kekasih yang telah berjanji dan berikrar akan berkongsi susah senang bersama. Anuar dan Aieda terbitlah NUAIDA... Sepanjang hubungan kami terjalin, kami mula merancang untuk mengadvancekan lagi bak kata orang putih hubungan kami ini kepada hubungan antara pasangan kekasih iaitu BF and GF, kepada pertunangan. Telah banyak pengalaman yang kami lalui bersama, samada suka duka, pahit getir, selisih faham, bahagia dan sebagainya. Dari sini banyak yang dapat aku pelajari tentang erti kehidupan bersama, tetapi aku sangat bersyukur kerana memiliki Nua yang sangat penyabar, yang tidak lekang dengan nasihat. Banyak yang telahku ubah seperti, dari kurang sabar kepada semakin sabar. Wahai TUHANKU, kau panjangkanlah hubungan kami ini dan berkatilah hubungan kami ini sehingga ke jinjang pelamin, hingga ke anak cucu dan sehingga keakhir nyawa kami  YA ALLAH.. Terima Kasih sayang kerana membimbing ayang dengan penuh kesabaran dan kesetian...

BERSAMBUNG..... 

2 comments:

  1. Anonymous said...
     

    sama-sama sygku, abg cintakan ayg sangat2....

  2. NUAIDA said...
     

    sangat best la kisah cinta kita..blh buat novel tau..hahaa...

Post a Comment



 
16877_1310073760490_1490000046_30831333_5161128_n 16877_1310072880468_1490000046_30831332_6721728_n 16877_1311074305503_1490000046_30833943_5021505_n 16877_1310051639937_1490000046_30831302_3690687_n